Wednesday, May 9, 2012
Kes Dera...
Hati bagai disayat tatkala menonton klip yg dishare oleh kkwn didlm FB ttg bayi yang didera ...Entah mengapa agaknya manusia boleh melakukan nya ke tahap itu...tak tercapai dek akal!!Yang paling mengejut sebenarnya adalah tindakan orang yang merakamkan perbuatan keji tersebut...bagaimana mungkin dia membiarkan perbuatan "binatang" (sbnarnya bukanlah gelaran yg sesuai kerana binatangpun tak buat cam tu...) itu mendera kanak-kanak yang tak mengerti apa-apa itu! Dari satu sudut, melalui rakaman itu si binatang berjaya di hukum, persoalannya mengapa perbuatan itu tidak langsung cuba di halang! Ada gak cerita yang mengatakan si perakam telah menghalang tetapi di pukul dan kerana ketakutan dia merakam perbuatan itu secara sulit dan kemudiannya menyerahkan kpd pihak polis....Entah le..
Tapi bagi aku tindakan manusia waras, mesti bertindak menyelamatkan budak itu terlebih dahulu...Dimanakah nilai kemanusiaan kita hari ini? di mana silapnya ? Ada yang kata si binatang tu memang tak berapa waras...tapi kalu tak waras mengapa tak di hantar ke Hospital Bahagia.. ? Sebaliknya dia di hukum mengikut undang-undang awam...bagi aku itupun tak berbaloi dengan perbuatannya itu..
Agaknya di luar sana masih ada lagi kes-kes seumpama ini tetapi tiada medium untuk didedahkan..Marilah kita semua memanjatkan doa untuk anak-anak yang "terdera" ini mendapat perlindungan ALLAH hendaknya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment